roses


Wednesday 7 March 2012

UnTuKmU BiDaDaRi DuNia


WANITA  adalah satu simbolik yang sering dikaitkan dengan kelembutan dan jua kesopanannya.Warna putih pula dikaitkan dengan suci dan bersih.
Sehelai kain kanvas putih pada mulanya akan diwarnakan oleh si pelukis, untuk mencorakkan apa yang diinginkan begitu juga dengan manusia, ini kerana manusia itu lahir dalam keadaan yang suci tanpa cacat cela.
Islam tidak menghalang WANITA menghias diri dalam apa keadaan pun tapi haruslah mengikut garisan islam.
“Katakanlah, kepada WANITA yang beriman,hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya.Hendaklah mereka menghulurkan/ menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atu putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka ,atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau WANITA-WANITA Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan leleki yang tidak mempunyai keinginan terhadap WANITA, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat WANITA. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada ALLAH, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung” Surah Ai-Nur(24):31.
Muslimah kini haruslah bergerak mencari “role model” terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a isteri Rasulullah S.A.W.
Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah r.a. namun sebagai hamba ALLAH swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan  sabar.
Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah ALLAH, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif.
Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana ALLAH swt semata-mata.
Selaras dengan tuntutan kini yang dahagakan ilmu dan jua memerlukan sesuatu proses bagi menimbulkan kesedaran diri untuk menjadi yabg terbaik di antara yang terbaik, maka pihak iluvislam.com ingin turut serta menyumbangkan tenaga ke arah pembentukan muslimah sejati, muslimah terbaik.
Atas dasar tanggungjawab kepada Ummah, iluvislam merancang bagi mengadakan satu program yang boleh dijadikan landasan kepada para muslimah, mencari danmemperbaiki diri, di samping menambahkan ilmu pengetahuan.
Melalui misi melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah serta membentuk WANITA muslimah yang berketrampilan dan kuat dengan pendedahan Islam yang lengkap, Konvensyen Bidadari Dunia ini bermatlamat melahirkan lebih ramai pendakwah muslimah sejati. Konvensyen ini juga membantu para WANITA  agar menjadi WANITA serata anak solehah. Selain itu, ini juga memberi anjakan paradigma dalam diri setiap muslimah demi memperbaiki diri ke arah  yang lebih baik di samping  mengamalkan syariat Islam . Konvensyen yang menghimpumkan 19 tokoh WANITA  terbaik dari pelbagai lapangan pengetahuan ini membawakan persoalan dan kisah 19 tokoh terkemuka seluruh Malaysia.
Antara ahli panel yang dijemput termasuklah Prof.Madya  Dr Syarifah Hayati Syed Ismail, Dr Nikki Syuhada Shukor, Wardina Safiyyah, Catriona Norhayati Ross Bahrin, Amie Sofie, Prof. Muhaya dan ramai lagi.