WANITA adalah satu simbolik yang sering dikaitkan
dengan kelembutan dan jua kesopanannya.Warna putih pula dikaitkan dengan suci
dan bersih.
Sehelai kain kanvas putih pada mulanya
akan diwarnakan oleh si pelukis, untuk mencorakkan apa yang diinginkan begitu
juga dengan manusia, ini kerana manusia itu lahir dalam keadaan yang suci tanpa
cacat cela.
Islam tidak menghalang WANITA
menghias diri dalam apa keadaan pun tapi haruslah mengikut garisan islam.
“Katakanlah, kepada WANITA
yang beriman,hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan
mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak
darinya.Hendaklah mereka menghulurkan/ menutupkan kain tudung ke dadanya dan
janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah
mereka, atau mertua mereka, atu putra-putra mereka, atau putra-putra suami
mereka ,atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau
putra-putra saudara perempuan mereka, atau WANITA-WANITA
Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan leleki yang
tidak mempunyai keinginan terhadap WANITA, atau
anak-anak yang belum mengerti tentang aurat WANITA.
Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada ALLAH, hai orang-orang yang
beriman, supaya kamu beruntung” Surah Ai-Nur(24):31.
Muslimah kini haruslah bergerak mencari
“role model” terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta
bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a isteri Rasulullah S.A.W.
Sebagai insan biasa kita tidak mungkin
dapat menyamai Saidatina Khadijah r.a. namun sebagai hamba ALLAH swt, kita
boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara
beransur-ansur dengan sabar.
Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat
perintah ALLAH, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang,
berwawasan dan berfikiran kreatif.
Keikhlasan hati beliau terletak di
kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan
sesuatu hanya kerana ALLAH swt semata-mata.
Selaras dengan tuntutan kini yang
dahagakan ilmu dan jua memerlukan sesuatu proses bagi menimbulkan kesedaran
diri untuk menjadi yabg terbaik di antara yang terbaik, maka pihak
iluvislam.com ingin turut serta menyumbangkan tenaga ke arah pembentukan
muslimah sejati, muslimah terbaik.
Atas dasar tanggungjawab kepada Ummah,
iluvislam merancang bagi mengadakan satu program yang boleh dijadikan landasan
kepada para muslimah, mencari danmemperbaiki diri, di samping menambahkan ilmu
pengetahuan.
Melalui misi melaksanakan tanggungjawab
fardhu kifayah serta membentuk WANITA muslimah
yang berketrampilan dan kuat dengan pendedahan Islam yang lengkap, Konvensyen
Bidadari Dunia ini bermatlamat melahirkan lebih ramai pendakwah muslimah
sejati. Konvensyen ini juga membantu para WANITA agar menjadi WANITA
serata anak solehah. Selain itu, ini juga memberi anjakan paradigma dalam diri
setiap muslimah demi memperbaiki diri ke arah
yang lebih baik di samping
mengamalkan syariat Islam . Konvensyen yang menghimpumkan 19 tokoh WANITA
terbaik dari pelbagai lapangan pengetahuan ini
membawakan persoalan dan kisah 19 tokoh terkemuka seluruh Malaysia.
Antara ahli panel yang dijemput
termasuklah Prof.Madya Dr Syarifah
Hayati Syed Ismail, Dr Nikki Syuhada Shukor, Wardina Safiyyah, Catriona
Norhayati Ross Bahrin, Amie Sofie, Prof. Muhaya dan ramai lagi.